Alhamdulillah, hari ini ditugaskan bagi menyampaikan seminar “Kaya Dengan Emas” di branch Public Gold Melaka. Pengalaman bagaimana berkerja selama beberapa tahun tanpa ada simpanan yang tetap menjadi perkongsian saya pada hari ini.
Pengalaman ini adalah pengalaman saya sendiri. Apabila cubaan bagi menyimpan duit di dalam Tabung Haji akhirnya asyik bocor kerana tiada ilmu pengurusan kewangan yang betul.
Kami juga dapat merasai aura memegang 1 kilogram emas bersamaan harga semasa RM264,000.00
Syukur Allah kenalkan dengan emas. Akhirnya kini simpanan emas RM100 melalui akaun emas GAP menjadi rutin bulanan kepada diri saya dan isteri serta anak-anak.
Setelah dua tahun menyimpan, kini sudah lebih 10gram berjaya disimpan melalui akaun emas GAP bersamaan RM3000 dalam bentuk tunai.
Moga perkongsian di branch hari ini memberi manfaat kepada lebih 20 orang hadirin yang hadir.
InsyaAllah kami akan terus berkongsi manfaat emas dan bagaimana startegi membina kekayaan dengan emas.
Muhamad Khairi Hakim
1.52AM, Segamat, Johor
10 Oktober 2022
14 Rabi’ulawal 1444 Hijrah