KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD

Spread the love

Alhamdulillah.. rezeki tahun 2020.. adalah sedikit lebihan perbelanjaan hasil penat lelah 2019 mengerjakan projek di syarikat. Fikir-fikir, apa saya boleh buat untuk menambahbaik kewangan sendiri. tiba-tiba pula keluar ayat dari mak sendiri, “Khairi, baik beli EMAS dan mulakan simpanan”.

Satu Permulaan

Since ilmu ZERO pasal emas nie. Godek2 laa website search untuk emas. Baca-baca 3 4 website, semua cerita pasal Public Gold. Wassup Sifu Syarif Jamil, 30 minit cmtue. Terus lock untuk buat belian EMAS di samping mendaftarkan diri sebagai dealer. Alang-alang beli emas, jadilah terus dealer Public Gold setelah tahu dealer boleh jana keuntungan dalam semua urusniaga dan semua keadaan harga emas samada harga naik atau turun. Beli emas untung, jual emas pun untung. Harga emas naik untung, harga emas turun mendadak lagi untung. Yang penting jadi dealer serta posisi sebagai dealer emas Public Gold.

Berdasarkan pengalaman saya, ini berikut keuntungan paling utama sebagai dealer emas Public Gold:

#1. Insentif Belian Emas Sendiri

Untuk jadi dealer, kita kena buat belian minimum RM30,000 dalam satu belian (satu Invoice). Selepas itu, barulah Public Gold akan bayar insentif 1%. Kalau buat belian seterusnya RM5000, maksudnya dapat rebat RM50. Rebat ini akan di bayar tunai ke dlm bank akaun anda jika lebih RM100, dan akan masuk ke akaun C-Wallet anda jika kurang. C-Wallet anda boleh belanjakan di PGMALL.

Syarat-syarat untuk menjadi dealer Public Gold
komisyen dealer public gold

Insentif belian dan jual balik dealer Public Gold

#2. Insentif Jual Balik Emas Sendiri

Kalau nak jual balik emas kita kepada Public Gold, kita dibayar insentif 0.3% atas harga jualan tersebut. Kalau jual RM10,000, dapat la RM30. Klu lihat insentif ini memang la sedikit tapi Alhamdulillah boleh laa.

#3. Insentif sebagai Introducer Pembeli

Apa yang mentor EMAS saya  En MOHD ZULKIFLI SHAFIE nasihatkan, jika anda yakin simpan emas di Public Gold banyak kebaikkan, manfaatkan media sosial untuk menyampaikan kebaikan EMAS apa yang kita tahu. Luruskan niat, bukan menjual. InsyaAllah, Allah sebaik-baik pemberi rezeki.

Setiap orang beli emas atas recommendation kita, Public Gold akan bayar komisyen berbentuk royalti 1%, 1.5% dan 2.0% ikut level dealer masing-masing. Setiap kali orang tu beli, setiap kali itulah Public Gold bayar royalti, hatta kalau kita mati pun, waris kita dapat nikmati pendapatan royalti tersebut.

Berita paling menarik, komisyen ini akan terus dibayar oleh Public Gold sampai bila-bila selagi orang yang kita introduce itu membeli emas Public Gold. Ia boleh dijadikan sumber passive income yang bagus.

#4. Beli Emas Pada Harga Diskaun & Jual Pada Harga Tinggi

Public Gold bagi diskaun ke pada dealer? Tidak, cumanya kadang-kadang ada penyimpan EMAS memerlukan wang tunai dengan cepat jadi kita berpeluang beli emas pada harga “PG Buy”, iaitu harga lepas tolak spread / susut nilai 5.0% – 8.0%.

spread susut nilai emas public gold 2017

Kadar spread emas Public Gold mengikut jenis item.

Contoh Harga pada 8/5/2020, 2027 Hrs

“PG Buy” ialah harga Public Gold beli balik kalau kita nak jual. Ia dikira lepas ditolak peratusan kadar spread dari harga “PG Sell”.

Pembeli boleh jual emas tu di office Public Gold atau jual kepada kita (dealer). Harganya sama jer ikut website. Pembeli yang dekat-dekat biasanya suka jual kepada dealer sebab boleh dapat duit on the spot. Kalau jual kepada Public Gold, duit tu akan masuk dalam masa 1 hari bekerja.

Sebab saya beli pada harga spread, saya akan dapat untung bersih jika harga EMAS terus naik. InsyaAllah, jadi untung pun cepat dapat. Bukan ker itu lebih baik dari simpan duit dalam Tabung Haji atau ASB?

Vice versa, bila ada pembeli baru. kita jual pada harga PG sell apabila simpanan EMAS yang kita beli tadi dah berlebihan la.

#5. Komisyen Overriding “Dealer”

Kalau dealer di bawah kita buat belian, Public Gold akan bayar “overriding commission”. Kalau orang pertama kali beli RM30,000, Public Gold bayar kita sebagai introducer RM300 (1%), atau RM450 (1.5%), atau RM600 (2%) mengikut tahap komisyen kita. Bila dealer tu buat belian kedua dan seterusnya, Public Gold bayar lagi perbezaan tahap komisyen dealer tu dengan tahap komisyen kita sebagai introducer. Sebagai Master Dealer (level 2%), Public Gold akan bayar kepada saya 1% atas belian Normal Dealer (level 1%), dan 0.5% atas belian Priority Dealer (level 1.5%).

Dan berita lebih baik, pendapatan saya dari Public Gold ini pula boleh diwariskan kepada isteri atau anak-anak saya jika saya meninggal dunia! Itu janji Public Gold.

Potensi Bebas Kewangan Dengan Emas?

Analogi mudah, jika anda ada 100 penyimpan EMAS di bawah bimbingan anda, setiap mereka membeli 1g setiap bulan. Sebagai normal dealer, anda peroleh 1% around RM2.50. Jumlah bagi passive income anda RM250 sebulan insyaAllah.

Kesimpulannya, bila jadi dealer emas Public Gold, kita boleh jana keuntungan dalam apa juga urusniaga dan pergerakan harga emas. Walaupun beli hanya untuk simpanan sendiri semata-mata, kita boleh dapat untung lebih besar kalau manfaatkan posisi sebenar sebagai dealer dengan membantu orang lain turut sama menyimpan emas. Siapa yang jadi dealer sambil simpan emas, dia untung.

bukan itu sahaja, kini Public Gold perluaskan lagi rangkaian perniagaan, ada PG Mall, PG Jewel etc. dan dari situ pun boleh dapat insentif pembelian.

Wallahu a’lam.

MUHAMAD KHAIR HAKIM
TAMAN YAYASAN, SEGAMAT
8 MEI 2020 BERSAMAAN 15 Ramadhan 1438H

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

One Reply to “KELEBIHAN MENJADI DEALER PUBLIC GOLD”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *