Duit Kertas dan Emas

Spread the love
Ada emas ada duit, Ada duit belum tentu ada emas

DUIT KERTAS VS EMAS : KISAH SYILING RM1 DAN NOT RM2

Simpanan untuk tempoh jangka panjang (2 tahun ke atas), pakar-pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki tak sarankan simpan duit yang banyak dalam bentuk duit(kertas).

Sebaliknya simpanlah dalam bentuk aset fizikal seperti rumah, tanah dan emas.

Saya selalu galakkan rakan-rakan saya kalau nak menyimpan, sebaiknya simpan saja dalam bentuk emas sebab emas aset fizikal paling mampu milik.

Emas adalah salah satu alat kewangan. Betul, emas tak sempurna. Emas ada kelebihan Emas ada kekurangan. Dan emas ada fungsinya tersendiri.

Kelemahan emas jika dibandingkan dengan alat kewangan(pelaburan) yang lain adalah emas tak ada pendapatan. Sebagaimana saham ada dividen, simpan di akaun tetap dapat pulangan, melabur dalam hartanah ada pendapatan dari sudut sewaan, tetapi tidak pada emas. Emas kekurangannya adalah ia tak ada pendapatan.

Tapi tak ada pendapatan bukan bermaksud emas itu tak berguna. Salah satu fungsi emas adalah boleh dijadikan simpanan untuk mengekalkan simpanan dari sudut kuasa beli dan selamatkannya dari risiko politik dan ekonomi.

Kelebihan emas adalah emas satu-satunya alat kewangan yang nilainya tak akan jatuh lingkup(KOSONG). Kalau duit kertas tak perlu gunting dua, anak kecik kalau terconteng saja diit kertas tu di muka agong, terus tak laku duit tu.

Hartanah dan tanah juga ada kebarangkalian nilainya boleh jatuh kosong. Hartanah di kawasan banjir.. nilainya boleh jatuh.

Kelebihan emas lagi, emas adalah aset yang laku di mana-mana tanpa sempadan zaman dan negara. Kalau duit kertas seperti Ringgit Malaysia, bawa saja ke sempadan Thailand terus negara sana tak terima, tak laku untuk urusan jual beli. Melainkan kena tukar dulu di pengurup wang untuk dapatkan duit bhat Thailand.

Sempadan zaman – duit kertas ada tarikh luputnya. Duit seperti RM2 dan RM1 syiling ini hanya laku mungkin sekitar 10 tahun yang laku. Sekarang dah takda nilai(untuk urusniaga) lagi dah. Emas sejak 6000 tahun yang lalu sudah digunakan sebagai alat pertukaran dalam urusniaga. Sehingga ke uarini, emas masih lagi laku.

1 dinar(syiling emas berat 4.25 gram) pada zaman Rasulullah(iaitu 1400 tahun yang lalu) kuasa belinya boleh dapat satu(atau dua, bergantung pada saiz) ekor kambing. Harini harga satu dinar kalau jual akan dapat sekitar RM900 ke RM1000, masih mampu membeli seekor kambing.

Emas nilainya bertahan dulu, kini dan selamanya. Nilainya stabil dan kuasa belinya tidak susut sedikit pun.

tipemas #tipsimpanan

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *