Jika kita berniaga sudah beberapa tahun tetapi masih tiada simpanan, perlu untuk kita sebagai orang berniaga untuk memikirkan simpanan kecemasan kita.
Kebiasaannya, sifat manusia adalah berbelanja termasuklah mereka yang berniaga. Keuntungan dapat tetapi tidak nampak dimana hasil keuntungan tersebut.
Jadi kebanyakkan mereka zaman dahulu kala menyimpan emas supaya nampak hasil keuntungan yang mereka dapat dari perniagaan.
Simpan sahaja RM100 dari keuntungan dalam bentuk emas. Itu lebih baik dari langsung tak nampak keuntungan yang kita dapat dari hasil perniagaan.
Muhamad Khairi Hakim
8/11/2022
Segamat, Johor