Murah dan Mudahnya dengan GAP.

Spread the love
This image has an empty alt attribute; its file name is GAP-Public-Gold.jpg

APA ITU AKAUN TABUNGAN EMAS atau lebih dikenali sebagai GAP?

GAP ialah singkatan dari Gold Accumulation Program. Ia adalah salah satu cara bagaimana kita boleh membeli emas secara sedikit demi sedikit serendah 1 gram atau RM100. Ia kaedah terbaik dan termurah untuk mendapatkan emas serendah 1 gram di Malaysia.

PRINSIP SYARIAH DALAM GAP.

Kita membeli GRAM EMAS milik Public Gold dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold.

Akad jual beli termeterai secara sah (ijab dan qabul) apabila Public Gold mula merekod pembelian gram emas ke dalam penyata atas talian (online statement) pembeli.

Pemilikan sebegini adalah berdasarkan kepada pemilikan secara hukum (qabadh hukmi/constructive possession).

Ketika memindahkan wang, ia hanyalah sebagai deposit keselamatan (security deposit) atau hamisy jiddiyyah.

APA KEISTIMEWAAN GAP?

Dengan GAP, kita mempunyai 2 pilihan :

1. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya disimpan serta dijamin oleh Public Gold. Tiada upah simpan dikenakan. Dari masa ke semasa, kita boleh menambah gram emas kita dengan pembelian seterusnya.

2. Beli gram emas melalui akaun GAP dan emasnya kita boleh keluarkan dalam bentuk gold bar atau dinar di mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat dengan kita.

APA LAGI YANG ANDA PERLU TAHU?

1. Untuk mengaktifkan akaun GAP, baki minimum sebanyak 1 gram perlulah ada pada setiap masa. Kita boleh mengeluarkan kesemua baki gram dalam akaun GAP, tetapi ia akan diklasifikasikan sebagai “tutup akaun”. Caj pembukaan akaun akan dikenakan bila kita ingin membeli melalui kaedah GAP pada masa hadapan.

2. Setiap gram yang terkumpul dalam akaun GAP, boleh dikeluarkan dalam apa saja item dalam bentuk gold bar atau dinar. Gold premium yang minimum akan dikenakan, bergantung kepada item emas apa yang kita keluarkan. Bayaran gold premium hendaklah dibayar secara tunai ketika pengambilan emas.

3. Akaun GAP boleh dibuka untuk sesiapa saja yang memiliki kad pengenalan. Bagi yang berumur di bawah 18 tahun, akaun akan dinamakan secara bersama dengan ibu atau ayah.

4. Gram emas di dalam akaun GAP juga boleh dijual tanpa perlu diambil fizikalnya. Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun pemilik GAP dalam masa 24 jam.

5. Gram emas dalam akaun GAP boleh digunakan untuk membeli belah di PG MALL, sebuah online shopping centre milik Public Gold.

SIAPA YANG PATUT MEMBELI SECARA GAP?

Sesiapa saja boleh membeli emas di Public Gold menggunakan kaedah GAP. Tetapi biasanya kumpulan berikut akan menjadikan akaun GAP sebagai prioriti :

1. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit sehingga tercapai gram yang diinginkan, barulah dikeluarkan emas itu.

2. Orang yang mahu mengumpul emas secara sedikit-sedikit atau banyak tetapi ada isu keselamatan apabila menyimpan sendiri.

3. Orang yang mahu mengalih simpanan tunai menjadi simpanan emas seperti akaun simpanan di bank.

4. Orang yang bekerja atau menetap di luar negara. Sesekali pulang ke Malaysia, bolehlah diambil emas yang dikumpul sekian lama di dalam akaun GAP.

LAGI?

1. Harga GAP dikemaskini sekali sehari pada pukul 12 tengah malam.

2. Item-item seperti gold bar 1 gram, gold bar 5 gram dan 1/2 sangat bagus jika dibeli menggunakan kaedah GAP kerana harganya jauh lebih murah dari harga cash and carry (yang menggunakan harga retail). Senarai harga boleh dirujuk di laman web www.publicgold.com.my

BAGAIMANA CARA UNTUK MULA?

Utk beli kaedah GAP, ikut langkah ni;

#1 – Masukkan Duit
—————-

Masukkan duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my. Kalau hari ni, 20/5/2020 RM261gram. Atau ikut jumlah RM100 atau 150 atau 200 dan seterusnya….

No akaun 5571 3923 8048 (Maybank), Public Gold Marketing Sdn. Bhd.

(Harga disemak sehari sekali jam 12.00 mlm)

#2 – Wassap Maklumat
———————

Wassap maklumat ke 017. 0000000 (no Hp PG bahagian GAP), taip;

Name ikut I/C:
Email:
No hp.:
IC No.:
Introducer:
Tarikh Lahir :
Keturunan :
Warganegara :
Pekerjaan :
Alamat :
Bank:
No Akaun.:
Jumlah bank in:
Tarikh:
Masa:
(Attachkan lagi skali slip byrn tu supaya utk PG sahkn byrn. Slip byrn tu kena simpan baik2 utk rujukan masa depan)

#3 – Cek GAP Statement
————————-

Tunggu PG proses dlm masa 2 HARI BEKERJA.

Utk cek GAP Web Statement, login web Public Gold www.publicgold.com.my, username guna no kod PG dan password unakan no ic 12 digit sbg password. Kalau x terima juga statement tu, bg tahu sy utk follow up dgn PG.

(Bila2 nak keluarkan emas tu, dtg di office PG tunjuk i/c & bayar caj premium je. Call dulu sblm dtg)

2. Cara kedua ialah, anda boleh hadir ke mana mana Branch Public Gold yang berdekatan, (Anda boleh check Alamat di Web Public Gold) dan memaklumkan kepada staf untuk membuka Acc Tabungan Emas GAP.

Itu sahaja, maklumat lanjut boleh wasap saya di nombor berikut :-

☎️ 0192817990
Muhamad Khairi Hakim a.k.a Khalifah Khairi
Dealer Aktif Public Gold

TAMAN YAYASAN, SEGAMAT. 20/5/2020 BERSAMAAN 28 RAMADHAN 1441

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

2 Replies to “Murah dan Mudahnya dengan GAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *