Kesilapan Ramai Orang Tentang Emas

Spread the love

Kesilapan 1

Tunggu harga emas murah baru nak mula (ramai orang buat salah ini!!)

PADAH menuggung harga EMAS turun.. Kerana penganalisis terkemuka atau pakar sekalipun tidak tahu dengan tepat bila harga emas akan murah. Dan murahnya seberapa murah? Tinggi seberapa tinggi? Bandingkan dengan apa? Pelabur dan penyimpan emas sejati akan beli, simpan, pantau dan tambah gram. Bukan tunggu, tunggu dan tunggu harga murah yang kita pun tidak tahu seberapa murah. akhirnya menyesal, harga ditunggu tak kunjung tiba.

Kesilapan 2

Beli Emas Dengan Wang Yang Hendak Dipakai Dalam Waktu Terdekat.

Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Kalau beli hari ini, nak jual bulan depan, anda akan kerugian spread (Susut Nilai). Untuk beli emas tukarkan sebahagian wang yang memang boleh dilupakan setidak-tidaknya dalam tempoh yang lebih panjang. Tempoh paling ideal adalah 2 tahun ke atas.

Kesilapan 3

Beli Emas Pelaburan Di Tempat Yang Salah (Contoh: Kedai Emas)

Harga emas di kedai emas lebih tinggi kerana mengikut harga Persatuan Pekedai Emas i.e. www.fgjam.org.my. Lagi parah ada pula kedai yang letak syarat tidak boleh hilang resit, emas tak boleh calar dan jika dibuka seal, akan dianggap used gold dan spread hingga 25%. Aduh!

Kesilapan 4

Memilih Barang Kemas Sebagai Pilihan Simpanan & Pelaburan Emas.

Ini lagi lah pengsan. Barang kemas perhiasan *kurang sesuai* sebagai pelaburan. Tujuan barang kemas adalah untuk display dan ditayang kecantikan. Maka, pembeli perlu membayar kos upah yang dimanipulasi oleh kedai emas, juga spread yang melebihi 25%. Ini belum cerita bab kos cukai lagi! Amat-amat rugi gais!!

Kesilapan 5

Buat Loan Untuk Beli Emas (Ohhh ruginya)

Bukan emas sahaja. Pelaburan apa pun asasnya adalah wang lebihan atau wang peribadi. Jika hingga berhutang peribadi atau kad kredit bermakna kita merugikan diri sendiri untuk membayar balik hutang dalam tempoh tertentu sedangkan untung rugi pelaburan adalah jangka masa yang panjang.

Kesilapan 6

Membeli emas ‘paling murah’!! Paling Murah Belum Tentu TERBAIK!!

Banyak faktor perlu dikira sebelum membeli EMAS. Kita mungkin dapat membeli murah di kedai-kedai lain, tapi tanyakan dahulu spread value, jaminan jual balik, ketulenan dan pelbagai faktor lain.

Kesilapan 7

Memajak Emas Tanpa Sebab Yang kukuh.

Ramai yang memajak emas di ar-rahnu dengan harapan beroleh keuntungan. Secara amnya teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak di Ar-Rahnu hanya sesuai pada waktu harga emas turun mendadak dan wang pajakan diguna untuk membuat pusingan modal perniagaan. Harga emas rendah, kos upah lebih rendah.

Kesilapan 8

Terbuka Seal Emas!! (AMARAN!!)

Kebanyakkan emas pelaburan di bank dibalut dengan seal plastik kekal. Jika nak buka, perlu potong dan plastic itu akan rosak. Bank yang menjual emas selalunya tidak menerima seal yang dipotong. Malah, emas yang kemek, calar tidak diterima balik. Bila seal tak dibuka, susah nak pajak. Bila dibuka, bank tak terima. Last-last terpaksa dijual sebagai ‘emas terpakai/used gold’. Silap haribulan spread 25%. Aduh!

Kesilapan 9

Memilih Tempat Yang Salah Waktu Nak Jual Balik Emas.

Memang emas boleh dijual di mana-mana seluruh dunia. Namun, tempat terbaik untuk dijual balik adalah di mana anda membelinya. Kalau beli emas Public Gold, jual balik kepada Public Gold, bukan ke kedai emas atau kepada pengeluar lain. Barulah anda mendapat jaminan spread yang baik. Ini adalah sebab, Public Gold tak perlu kos lain untuk proses emas tersebut. Oleh itu, harga terbaik dapat diberikan.

Kesilapan 10

Masih Tidak Faham Fungsi Sebenar Emas Sebagai Pelindung Kekayaan

Sebelum memulakan tabungan emas, perlu ingat bahawa emas bukan skim cepat kaya. Fungsi emas adalah sebagai pelindung kekayaan dan emas adalah satu-satunya aset yang tidak boleh dibinasakan. Contohnya jika Allah letakkan 2 juta kilogram emas di dunia, itu sajalah jumlahnya. Tidak akan bertambah atau berkurangan. Dek kerana sifat emas yang terhad, ianya kekal menjadi matawang teragung yang tidak pernah gagal sejak ribuan tahun di mana-mana negara.

Bagi melindungi kekayaan, sebab itulah kita disarankan memiliki emas sekitar 10% hingga 25% daripada jumlah aset. Kerana sifat emas tidak boleh dimanipulasi, tidak terikat dengan keadaan ekonomi negara dan melindungi kekayaan seperti takaful menjaga kesihatan. Peniaga gunakan emas untuk rolling agar *tidak mati* pusingan modal kerana kecairan emas hanya 24 jam sahaja.

Kesilapan 11

Matlamat Simpanan & Pelaburan Emas Yang Tidak Jelas.

Paling tepuk dahi adalah baru beli satu gram dah tanya, bila saya boleh jual? Satu gram je dik.. satu gram. Kalau harga RM190 meningkat kepada RM250 sekalipun peningkatan 32% nilainya hanya RM60. Apa yang akan berubah dengan RM60? Sepatutnya penyimpan emas tetapkan kenapa menabung emas? Untuk 10% -15% pelindung kekayaan? Untuk pendidikan? Untuk persaraan? Perkahwinan anak? Menunaikan haji? Berapa gram yang diperlukan? 100 gram? 300 gram? 500 gram? 6 kilogram? Barulah kita tahu tempoh masa bila nak jual!

Kesilapan 12

Tiada Ilmu Punca Ramai Tangguh Mula Simpan Aset Emas.

Dalam group bimbingan saya, semua penyimpan serta pelabur emas akan terus dapat bimbingan dari saya. Jika mampu menabung serba sedikit di semua cabang, mengapa memilih? Satu langkah kecil mungkin membantu cabang simpanan rojak yang memberikan kebaikan yang besar! Serendah RM 100 pun kita dah boleh mula simpan aset emas.

Jika anda nak mulakan tindakan menyimpan aset emas, anda boleh terus HUBUNGI SAYA untuk bimbingan step by step.

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *