ZAKAT EMAS DAN PERAK

Tiada wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama [HR Abu Dawud]
Zakat Emas (pelaburan/simpanan)
= Berat Emas x Harga Semasa x 2.5%
= 100 gm x RM 250 (contoh) x 2.5%
= RM 625
————————————————————————————
Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda: Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham (2.5%) [HR Abu Daud]
Zakat Perak
= Timbangan Perak x Nilai Perak x 2.5%
= 1000 gm x RM 2.50 (contoh) x 2.5%
= RM 62.50
Satu video yang dibuat untuk menerangkan konsep zakat EMAS.
Amat mudah untuk difahami. Anda boleh lihat nya mengikut link ini : https://youtu.be/vUlBTWIlSkI
Untuk memudakan perkiraan, boleh menggunakan laman web ini : https://www.zakatselangor.com.my/zakat-emas/
tapi setiap negeri ada perbezaannya..
Apa-apa anda boleh rujuk pusat Zakat Negeri masing-masing.