Istimewanya Anda Menyimpan Emas

Spread the love

Boleh simpan duit.. atau beli emas dan simpan EMAS..???

Nilai EMAS

EMAS terjamin nilainya dalam jangka panjang. Contoh yang baik adalah, Zaman Nabi Muhammad S.A.W. 1,400 tahun yang lalu, 1 dinar digunakan untuk membeli seekor kambing. Kini, 1 dinar = RM 1100, masih lagi boleh membeli seekor kambing.

5 Dinar Cukup Untuk Menunaikan Umrah.. insyaAllah

Walaupun kambing itu ada pelbagai jenis dan saiz, itu hal lain. Pokoknya, ia tetap mampu membeli seekor kambing walau selepas 1,400 tahun. Ini membuktikan kuasa beli yang ada pada emas bertahan untuk jangka panjang.

berlainan dengan simpana duit kertas, RM 1.00 di zaman 1990an dlu kita mampu membeli 10 biji karipap. Tapi kini, mungkin kita hanya dapat membeli 2 biji karipap sahaja.

Asset Mudah Cair

Ke dua, emas merupakan aset fizikal yang paling mudah dicairkan. Bila-bila masa sahaja jika kita memerlukan duit, kita boleh jual atau pajak emas itu dan dapat duit pada waktu itu juga. Ia bukan sahaja laku dijual pada bila-bila masa, bahkan di mana-mana sahaja. Termasuklah di luar negara sekalipun, kita boleh bawa emas dan jual di negara tersebut jika kesuntukan wang. Dalam sejarah, emas telah digunakan sebagai ‘duit antarabangsa’ sejak zaman berzaman. Ia merupakan duit yang tiada sempadan masa dan negara.

Ke tiga, emas merupakan aset fizikal yang mampu milik. Selain dari emas, antara aset fizikal yang pada saya bagus untuk disimpan dalam jangka panjang ialah tanah dan hartanah. Nilainya lebih terjamin dalam jangka panjang berbanding aset kertas.

Berbanding emas, tanah dan hartanah tidak boleh dibeli dengan bajet yang kecil. Meskipun harganya dipaparkan dalam harga setiap kaki persegi, namun kita tidak boleh membelinya dengan bajet hanya keluasan satu kaki persegi sahaja. Ia memerlukan modal yang besar.

Berbeza dengan emas, kita boleh mengumpulnya sedikit demi sedikit, bermula dengan item sekecil satu gram. Ia boleh dijadikan simpanan secara bulanan. Sebagai contoh, kita boleh disiplinkan diri menyimpan “1 gram 1 bulan” sebagai forgotten saving. Lepas 12 bulan, sedar-sedar, dalam simpanan dah ada 12 gram.

Dan dengan adanya kaedah pembelian emas fizikal melalui “Akaun Emas” sebagaimana yang ditawarkan oleh syarikat seperti Public Gold dan beberapa buah bank, kini setiap orang mampu membeli dan menyimpan emas dengan mudah dan murah. Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuklah di kalangan pelajar kolej dan universiti.

Ke empat, menyimpan emas hakikatnya kita menyimpan kekayaan itu di tangan kita sendiri. Walau apa pun yang berlaku pada ekonomi dan politik semasa, selagimana kita memiliki emas, kekayaan itu memang berada di tangan kita. Nilai emas berdiri dengan sendiri. Nilainya dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya tanpa perlu jaminan sesiapa.

Berbeza dengan aset lain yang nilainya bergantung kepada faktor luar. Sebagai contoh, nilai duit kertas terletak bukan pada kertasnya. Duit kertas RM100 kalau dipotong dua, nilainya bukan RM50 setiap keping, tapi ia menjadi RM0! Dan kalau ia disimpan lama ‘di bawah tilam’, ia boleh jadi tidak laku sebab ia ada tarikh luput sebagaimana duit syiling RM1 (termasuklah not RM500 dan juga not RM1,000 satu ketika dulu) yang tidak lagi laku pada hari ini. Duit itu juga tidak laku di luar negara.

Maksudnya, walaupun duit kertas itu berada di tangan kita, hakikatnya kekayaan itu tidak terletak di tangan kita.

Ke lima, emas merupakan aset fizikal mudah alih. Ia merupakan aset fizikal yang paling mudah alih. Ia adalah aset ‘mobile’, boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Berbeza dengan tanah dan rumah, ke dua-duanya tak boleh dialihkan. Kalau hendak dijual sekalipun, proses tersebut tentunya akan memakan masa. Paling cepat pun akan mengambil masa sekitar enam sehingga sembilan bulan; sama sekali berbeza dengan emas.

Dan yang ke enam, bila kita menyimpan emas, tiada siapa yang tahu berapa banyak yang kita simpan, kecuali kita sendiri yang beritahu. Menurut Robert T. Kiyosaki, emas (dan perak) merupakan satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan.

Dengan keistimewaan ini, orang yang telah bankrap pun boleh simpan emas. Tiada siapa yang boleh ambil dan bekukan simpanan emas kalaupun seseorang itu diisytiharkan bankrap. Berbeza dengan aset lain seperti akaun bank, rumah, saham dan lain-lain.

Inilah antara sebab kenapa saya lebih yakin menjadikan emas sebagai simpanan jangka panjang.

Jika anda ingin memulakan simpanan emas dengan serendah RM100, boleh terus hubungi saya atau mendaftar akaun sendiri dengan menekan posting saya di bawah untuk step-step daftar dan belian.

Tuan Puan akan dimasukkan ke dalam group support emas untuk bimbingan berterusan dan seterusnya berjaya dengan simpanan emas insyaAllah.

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *