Tips Duit Gaji Melekat

Spread the love

Sangat ramai yang mengeluh pada saya berkenaan duit gaji yang hanya singgah sebentar di dalam akaun bank mereka.

Jadi bagaimana nak buat bagi melekat? Ada dua kaedah.

  1. Jadi orang kaya
  2. Ikut cara orang kaya

Kalau kita masih lagi belum kaya raya, jadi kita akan perlu ikut cara mereka. Jadi bagaimana?

Bila dapat gaji, alihkan dahulu sebahagian ke dalam simpanan. Pakar kewangan ada yang menasihatkan agar simpan sehingga 50% dari gaji untuk pelbagai matlamat kehidupan yang kita boleh tetapkan.

Antara matlamat kewangan yang boleh kita tetapkan dalam kehidupan

Tetapi kita tahu, ianya amat mustahil bagi orang awam untuk menyimpan sebegitu banyak kecuali mereka mempunyai income tambahan atau stabil dari kebijaksanaan mereka dalam menambah kekayaan.

Jadikan tabiat menyimpan sekurangnya 10% dari gaji kita. Jika masih terasa sesak kerana pelbagai komitmen bulanan, cuba alihkan RM100 ke dalam simpanan dahulu.

Terus menerus setiap bulan sehinggalah ianya menjadi tabiat kepada diri kita sendiri.

Pengalaman saya bekerja di dalam sektor oil and gas dengan gaji yang agak tinggi tetapi sebab tiada kesedaran kewangan, akhirnya 4 tahun berkerja ZERO simpanan.

Alhamdulillah, akhirnya pengenalan saya dengan Tuan Mohd Zulkifli Shafie dan juga Public Gold telah membantu saya untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan akhirnya selepas 2 tahun, saya mempunyai simpanan 5 angka.

Bersama Mentor, Tuan Mohd Zulkifli dan juga rakan penyimpan serta dealer emas Public Gold, Tuan Fauzan

Tidak mudah apabila ingin menyimpan wang tunai, itulah apa yang saya lalui tetapi akhirnya apabila saya buat simpanan emas. Ianya membantu saya untuk mengelakkan penyakit boros dan juga simpanan bocor.

Apabila saya sangat yakin yang simpanan emas membantu saya menambah baik kehidupan saya dari segi kewangan, saya buat keputusan untuk menyebarkan ilmu emas ini kepada ramai orang.

Moga lebih ramai orang dapat manfaat dan ubah kehidupan dengan emas.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan simpanan emas. Boleh sahaja tekan link di bawah atau button wassup di kanan website untuk terus berhubung dengan kami.

infoemasBlog – Khairi

infoemasBlog – Syazwani

InsyaAllah kami akan bimbing anda sebaiknya.

Muhamad Khairi Hakim
1 Star Master Dealer Public Gold
Kuala Terengganu, Malaysia
19 November 2022

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *