Pajak Emas Untuk Bina Rumah Idaman

Spread the love

Ini adalah pengalaman dalam keluarga kami sendiri. Apabila kita dah capai umur 40 tahun dan ke atas, pasti menjadi impian kita semua untuk mempunyai rumah idaman kita sendiri.

Persoalannya, cukupkah simpanan yang kita ada untuk membina rumah idaman kita ini?

Alhamdulillah, pada umur 30an, saya belajar banyak perkara berkenaan pentingnya simpanan untuk mencapai matlamat. Salah satunya adalah membina rumah idaman.

Jika rumah idaman kita berharga RM400,000 maka kita perlu ada simpanan sekurangnya 2 Kilo emas.

Inilah 1 kilobar yang tuleb di Public Gold, harganya RM260,000++.

Jadi mampukah kita untuk menyimpan sebanyak itu? insyaAllah, dengan emas pasti kita berjaya.

Tetapi jika kita tak mampu sekali pun, kita boleh menyimpan 100gram iaitu sebanyak RM26,000.00 yang memberi kita kuasa beli untuk membeli satu hartanah RM300,000. Apabila tiba masanya, kita jual emas tersebut dan beli hartanah.

20 tahun mendatang, apabila kita nak bina rumah idaman, kita jual rumah yang kita beli RM300,000 tersebut untuk mendapatkan dana bina rumah.

Jadi kaedah terbaik untuk mendapatkan rumah idaman kita bila berusia kelak adalah dengan kaedah, kumpul 100gram, beli satu hartanah. Jual hartanah selepas 20 tahun, dan bina rumah idaman kita menggunakan duit jualan hartanah tersebut.

Inilah apa yang dilakukan oleh Puan Faridah untuk mendapatkan rumah idaman beliau.

Alhamdulillah, hasil simpanan emas membantu Puan Faridah untuk mendapatkan rumah idaman beliau.

Muhamad Khairi Hakim

12/10/2022, 11.31PM

Segamat, Johor.

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *