Penang – Nasi Beriani Dalca

Spread the love

Percutian kami di Penang disambut oleh insan hebat yang mengenalkan kami kepada simpanan emas. Kami baru tahu kewujudan Nasi Beriani Dalca di area Kepala Batas selepas dimaklumkan beliau.

Ikutkan hati memang nak makan semua lauk yang ada tetapi kekangan bahagian perut untuk diisi tidak terlalu besar.

Kami pilih ayam rempah ditambah telur sotong kerana lauk ini memang susah untuk didapati di tempat kami. Overall makanannya adalah 5/5 STAR.

Cuma kena datang awal sebab masa saya datang pukul 12, kedai masih belum dibuka. Ada seorang sahaja yang sedang menunggu. Tapi lepas saya datang balik pukul 12.15, lima belas minit sebelum dibuka. Sudah hampir 10 orang beratur untuk masuk ke kedai yang masih belum dibuka.

Tepat sahaja 12.30 kedai dibuka dan makin bertambah orang beratur.

Alhamdulillah servis diberikan laju sekali, dan kami menunggu dalam 5 ke 10 minit untuk sampai memilih lauk yang dinginkan.

Kedai ini jarang dikunjungi pelancong luar. Ramai penduduk setempat sahaja makan disini.

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *