Impian Kami

Spread the love

Sebelum mengenali Mentor kami Tuan Mohd Zulkifli Shafie, kehidupan kami tanpa impian yang besar. Selepas mengenali beliau dan anak murid beliau, Tuan Syarif Jamil (aka Tuan SJ) Leader kami di dalam G100 Network dan Public Gold barulah kami belajar untuk menetapkan impian.

Sebelum ini ingatkan cukup berimpian untuk memiliki kerja dengan pendapatan yang stabil seperti eksekutif di syarikat GLC seperti PETRONAS, memiliki rumah impian untuk dibeli suatu hari nanti, memiliki duit RM300-RM500 sebulan untuk diberikan kepada mama papa ibu ayah, memiliki kereta yang boleh memuatkan keluarga kecil kami untuk balik ke kampung, memiliki lebihan duit untuk belanja adik beradik dan sanak saudara.

Tetapi sebenarnya ada impian yang lebih besar yang boleh dicapai. Selama ini hidup di dalam ‘comfort zone’ diri sendiri. Isteri dan anak anak hidup seadanya. Selepas belajar mengenai impian dalam G100 Network, ini adalah senarai ‘dream chart’ yang ingin kami capai bersama insyaAllah.

Ada yang melibatkan emosi, kami akan simpan di dalam ‘dream chart’ personal kami, apa yang umum kami tatapkan supaya menjadi inspirasi kepada mereka yang mencari erti makna impian hidup ini untuk kehidupan dunia dana khirat kelak. Moga Allah tetapkan hati kami sentiasa di dalam kebenaran.

Dream Chart Keluarga
1. Full Time Father before 35.
2. Menunaikan Haji before 40.
3. Memiliki dua rumah pelaburan before 45.
4. Memiliki rumah sendiri atas tanah area Cyberjaya.
5. Memiliki income pasif dari bisnes 4-5 angka before 37.
6. Menunaikan umrah bersama mama papa ibu ayah.
7. Honeymoon di Bukit Tinggi.
8. Bercuti bersama mama papa ibu ayah dan adik beradik.

Dream Chart Bisnes Public Gold
1. Mendidik 100 penyimpan emas.
2. Mendidik 300 penyimpan emas.
3. Mendidik 500 penyimpan emas.
4. Mendidik 800 penyimpan emas.
5. Mendidik 1000 penyimpan emas.
6. Duplicate 3 dealer untuk ada pendapatan pasif 4-5 angka sebulan.
7. Duplicate 6 dealer untuk ada pendapatan pasif 4-5 angka sebulan.
8. Duplicate 9 dealer untuk ada pendapatan pasif 4-5 angka sebulan.
9. Capai PGLS Pertama

InsyaAllah sama-sama kita belajar dan berusaha untuk capai impian ditulis. Jika impian tidak ditulis dan bermain sahaja di fikiran kita, bermaksud impian kita masih belum kuat dan jelas.

Tulislah dan berusahalah untuk mencapai setiap impian yang kita letakkan.

Semoga Allah S.W.T. berikan kebaikkan di dunia dan akhirat. Allahumma ameen.

Muhamad Khairi Hakim
Tanjong Kling, Malaysia
15 June 2024 / 8 Zulhijjah 1445 Hijri

Selamat Hari Raya Aidil Adha

p/s : Saat ditulis selepas solat asar waktu wukuf bagi jemaah haji. Waktu mustajab doa insyaAllah.

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *