Berapa Keuntungan Emas?

Spread the love

Soalan ini biasa ditanya oleh seorang pelabur emas. Emas bukan lah seperti saham, buy low sell high, terus mendapat keuntungan.

Kita perlu ambil kira kadar spread value emas seperti di Public Gold mengikut item, 10%(maximum), 9%, 8%, 7.5%, 7%, dan 6%.

Lagi rendah spread value, lagi cepat kita capai keuntungan dengan emas.

Mengikut sejarah, harga emas naik 10% secara PURATA, jadi tentu sahaja ada tahun harga emas turun. Tapi jika matlamat simpanan duit itu ingin disimpan dua tahun dan ke atas. InsyaAllah, pelabur emas akan merasai keuntungan dari kenaikkan harga emas.

Macam mana kira keuntungan harga emas? Contoh harga emas naik 10% setahun, pada tahun kedua, pelabur emas dah boleh mendapat keuntungan 10% selepas ditolak spread value dimana saya ambil worst case scenario spread.

Daripada pengalaman Guru Kewangan kami, Tuan Mohd Zulkfili Shafie, penulis buku Wang Emas. Mereka yang menyimpan emas lebih banyak gram emas dari pelabur emas.

Jadi keuntungan maksima banyak diperolehi oleh penyimpan emas apabila mereka menyimpan emas 3 sehingga 10 tahun berbanding pelabur emas yang beli dan jual.

Jadi, jika memang ada simpanan RM100,000 atau RM200,000 dalam bentuk duit tunai, untuk lindungi kekayaan dari dimamah inflasi dan kejatuhan ringgit Malaysia, sebaiknya tukarkan sebahagian ke dalam bentuk emas

Muhamad Khairi Hakim
Segamat, Malaysia
15 May 2024 / 5 a 1445 Hijri

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *