Permulaan kepada kekayaan adalah simpanan. Itu teras dalam membina kekayaan. Ianya di sebut di dalam buku Tuan Azizi Ali, Money Changes Everything. Dengan simpanan yang kukuh, seseorang itu akan berjaya membina kekayaan.

Nak beli buku? Tekan link ini –>> Buku Azizi Ali.
Sebelum mengenali emas, saya adalah seorang yang sangat boros berbelanja. Pengalaman berkerja selama 6 tahun sebagai seorang jurutera tidak langsung menjadikan saya seorang yang bijak urus kewangan.
Benarlah kata Mentor Kewangan dan Emas saya, Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Silibus kewangan tidak diajar dimana-mana sekolah. Barulah saya faham.
Jadi untuk mengubah nasib dari seorang yang miskin harta kepada kaya harta, ini adalah tabiat simpanan emas yang perlu kita ada jika kita tak mampu simpan duit. Jika kita mampu simpan duit, jangan simpan banyak. Cukup sekadar 3 bulan atau 6 bulan gaji bagi dana kecemasan.
Selebihnya boleh simpan dalam emas atau laburkan pada tempat yang ada ilmu tentangnya.
Tabiat Orang Kaya Dengan Emas antaranya
- Letakkan matlamat kewangan yang jelas
- Kosisten menabung, beli emas serendah RM100 melalui melalui akaun emas GAP –> INFO GAP
- Tambah ilmu Kewangan sebanyak mungkin melalui pembacaan, tonton video dan sebagainya.
Saya juga kongsikan dalam G100 Talkshow pada 19/10/2022 yang bertajuk :Bagaimana menjadikan simpanan emas satu tabiat?

Dengan langkah-langkah permulaan yang saya lakukan dari semasa ke semasa, Alhamdulillah kini saya dah mempunyai simpanan 5 angka melalui emas.
Apabila kita dah berjaya mengubah tabiat kewangan kita, akhirnya kita akan tergolong di dalam golongan yang akan membina kekayaan.
Jom kaya mulia, jom cipta bahagia.
Muhamad Khairi Hakim
20 Oktober 2022, 1.35AM
Sambil layan trip PG1S ke Itali