Khairi.. Senang tak jadi dealer Public Gold..? Rasanya tiada apa yang senang dalam hidup ini kan.. Apapun.. Ini sedikit perjalanan saya sebagai Dealer Public Gold..
Mula mula saya buat tanpa arah tuju, jadi saya ingat saya hanya nak dapatkan pendapatan sampingan dengan business Public Gold.. Supaya dapat tampung perbelanjaan bulanan saya untuk isteri dan anak-anak..
Tapi setiap kelas G100 network yang saya hadiri, saya lebih jelas.. Saya kena set impian yang besar barulah cabaran terasa kecil. Saya buat untuk impian isteri dan anak-anak.. Bukan untuk pendapatan sampingan tapi lebih daripada itu..
Di Public Gold, dalam G100, bukan menjual.. Tapi ilmu ditekankan.. Penyimpan emas perlu faham ilmu emas.. Jadi tugas kami sebagai Dealer.. Perlu mendidik mengenai kewangan fokus pada emas.. Ada orang tiada duit tetapi ada emas.. Ada orang juga tiada emas dan tiada duit..
Tugas kami sebagai Dealer mencari mereka yang boros berbelanja, tiada simpanan, tiada harta, tiada apa-apa bila berlaku kecemasan dan seangkatan dengannya.
Selain itu, jadi dealer ini telah membina diri saya dan isteri.. Dari segi mindset dan juga ilmu di media sosial.. Banyak kami belajar dari G100, dengan telephone dan internet bagaimana ingin menjana pendapatan..
Jika apa apa berlaku sekali pun.. Kami tahu, dengan kekuatan diri kami yang G100 telah bina.. Jual produk apa sahaja kami mampu melakukan yang terbaik..
Banyak ingin dicoretkan, tiada yang mudah, kami bina FB PAGE, INSTAGRAM, TELEGRAM, TWITTER, YOUTUBE sebagai usaha untuk Allah rezekikan kepada kami rezeki yang baik dan halal.
Akhirnya kami terus kosisten sehingga ahli keluarga dan kawan2 kami panggil tokey emas.. Dan kami ameenkan doa ini.. Harapan kami hanya satu, supaya ramai orang mampu untuk hidup lebih baik dengan simpanan emas.. InsyaAllah..