Setiap Orang Berbeza Simpanan Emasnya

Spread the love

Sentiasa yang menjadi persoalan bagi mereka yang ingin menyimpan emas adalah mereka TIDAK TAHU mengapa mereka perlu buat simpanan emas. Budaya ikutan membeli emas ketika gold rush sentiasa menjadi penyesalan ramai orang.

Jadi disini, saya akan terangkan mengapa simpanan emas sesuai untuk semua orang mengikut keadaan masing-masing. Jika ada tambahan point, boleh tempatkan diruangan komen mengikut pengalaman anda semua.

  1. Emas untuk Orang Muda

Simpanan emas sesuai untuk orang muda berumur 20an selepas alam persekolahan kerana sebagai pesediaan pelbagai perkara. Bagi mahasiswa mahasiswi, boleh jadikan emas sebagai simpanan bagi persediaan alam perkerjaan. Boleh jadi dana kecemasan, boleh jadi dana perkahwinan, boleh jadi dana rumah pertama dan sebagainya.

2. Emas untuk Orang Tua

Bagi mereka yang berumur, kebiasaan kehidupan mereka telah stabil dan mencari suatu pelaburan yang memberi pulangan yang besar. Ada juga yang saya jumpa takut untuk laburkan wang mereka dan biarkan sahaja wang mereka tersimpan di dalam bank. Bukan sedikit, ada RM10,000, ada RM20,000 malah ada RM100,000. RUGInya mereka, kerana setiap tahun duit ini dimakan INFLASI.

Akhirnya, duit yang disimpan itu BERKuRANG nilainya. Konsep mudah, simpan RM100 boleh beli 100 bungkus nasi lemak jika nasi lemak itu berharga RM1.00 tahun 2022. Tapi jika harga nasi lemak naik RM2.00 tahun RM2023, tiada lagi 100 bungkus. RM100 yang sama hanya boleh beli 50 bungkus nasi lemak sahaja.

Lihat sahaja perbandingan harga barangan di bawah :

Ini nilaian duit kertas yang sama tapi NILAI yang berbeza.
Simpan emas 2000 tapi dapat jumlah MYVI yang lebih banyak pada 2019

Percayalah, UNTUNGlah mereka yang tidak menyimpan duit banyak-banyak dalam bank.

3. Emas untuk Orang Bujang

Orang bujang biasanya matlamatnya satu, mencari pasangan hidup. Tapi adakah kita bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bukanlah kaya, tetapi ada sedikit sebanyak untuk majlis perkahwinan. Bukanlah semuanya meminjam dari bank atau menyusahkan mak ayah untuk kesemua kosnya.

Jadi orang bujang dari awal lagi sebaiknya simpanlah emas. Jika target nak kahwin dalam masa 3 ke 4 tahun lagi. Boleh mula menyimpan emas RM100 atau 1gram setiap bulan. InsyaAllah nanti jumlah simpanan yang terkumpul lebih banyak dari RM100 dalam bentuk tunai di bank.

KERANA? banyak kita boros dan terbelanja simpanan tersebut.

4. Emas untuk Orang Kahwin

Lepas dah kahwin, lagilah banyak nak kena fikirkan. So apa biasanya ini cabaran selepas berkahwin. Duit banyak habis terbelanja. Lagilah kita kena belajar berkenaan kewangan dan uruskannya sebaiknya. Jadi emas, selepas kahwin?

Banyak sangat emas ini boleh disimpan untuk orang kahwin. Boleh mulakan emas sebagai dana kecemasan. Biasanya ramai yang buat tak endah dengan DANA KECEMASAN nie. Bila dah terdesak pada sesuatu kecemasan, meminjam sana meminjam sini. So adakan simpanan kecemasan jika jenis tak dapat nak menyimpan.

Seterusnya simpanan untuk anak-anak, kita simpan untuk anak-anak untuk mereka gunakan di masa hadapan. Biasanya ianya mengambil masa 10 ke 18 tahun untuk duit ini digunakan. Tapi kenapa perlu kita alih simpanan tunai kepada emas? Sama kes, INFLASI!!! RM100 disimpan 2022 boleh beli 100 bungkus nasi lemak. 10 tahun lagi tidak sama, mungkin nasi lemak dah jadi RM2.00. Maka nilai simpanan kita berkurang sudah.

So, lepas kahwin ini lah sebab mengapa anda perlu simpanan emas.

PENYAKIT SEMUA ORANG

Tak kisah anda golongan mana di atas sekalipun, ada satu penyakit yang perlu diubati.

BOROS

BOROS

BOROS

dan anda tak perasan penyakit ini sehinggalah anda tiada simpanan yang banyak.

Ubah tabiat dengan emas

Jom Kaya Mulia

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *