Mengapa Suri Rumah Perlu Simpan Emas? RM100 Pun Boleh?

Spread the love

Seringkali ramai suri rumah faham akan nilai emas untuk disimpan. Kebanyakkan mereka tahu kenapa simpanan emas adalah lebih baik berbanding simpanan wang tunai.

Jom kita terokai kenapa saya galakkan suri rumah menyimpan emas.

  1. Jika simpan duit, penyakit boros akan menghasut kita untuk membeli barang bukan keperluan. Sedar sahaja, duit simpanan makin sedikit bukan makin banyak.
  2. Simpanan emas adalah rahsia suri rumah, suami tak tahu yang kita punyai banyak emas tetapi jika suami tahu kita banyak duit, faham-faham sahajalah kan. Lagi-lagi suami yang tiada ilmu emas, tentu sahaja jika kita kata, “Abang, saya ada emas sahaja. Saya tiada duit dan harta yang banyak”.
    Mungkin suami akan berikan nafkah yang lebih setiap bulan. REZEKI..!!!
  3. Simpanan emas harta mutlak suri rumah atau isteri, jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingin contoh kematian suami. Simpanan emas tidak perlu dibahagikan mengikut faraid. Jadi tidak perlu pening-pening kepala berebut. Itu belum lagi DRAMA adik-beradik tuntut harta suami,
  4. Saat kecemasan, emas dapat digadai atau dijual. Tentu sahaja, ada saat suami amat memerlukan bantuan suri rumah tika saat kecemasan. Inilah waktu untuk isteri bersama-sama membantu suami yang tersayang untuk keluar dari kecemasan. Banyak PAHALA kan..!!!!
  5. Peluang untuk suri rumah miliki aset hartanah. Bayangkan jika setiap bulan kita mampu menabung secara kosisten 1gram atau 2gram dan mempunyai modal untuk belian rumah sendiri, pasti itu lebih baikkan. Dengan 100gram, kita mampu beli hartanah bernilai RM250,000. Itu lebih baik dari menunggu suami untuk HADIAHkan rumah kepada kita.
Alhamdulillah, hadiah 20gram bernilai lebih RM5000 dari suami tersimpan sehingga sekarang.

Saat belian 20gram ini pada April 2021, harga emas 999 saat itu adalah RM4600 sahaja. Lepas disimpan hampir dua tahun kini harga emas 999 telah mencecah lebih RM5000. Seronoknya simpan emas ini, pelaburan jangka panjang dan selamat untuk disimpan sendiri.

Tapi suri rumah mana ada modal besar? Betul, itulah cabaran utama suri rumah. Jadi di Public Gold ada kaedah yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP) dengan serendah RM100, kita boleh buat belian emas.

Simpan sikit-sikit, lama-lama makin banyak dan boleh keluarkan emas fizikal untuk kita menyimpan sendiri. Mudahnya dengan akaun emas GAP. Yang nak ketahui lebih lanjut, klik disini.

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan simpanan emas.. Boleh sahaja tekan link di bawah atau button wassup di kanan website untuk terus berhubung dengan kami..

infoemasBlog – Khairi

infoemasBlog – Syazwani

InsyaAllah kami akan bimbing anda sebaiknya.

Muhamad Khairi Hakim
Segamat, Malaysia
22 November 2021 / 17 Rabiulakhir 1443 Hijri

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *