Kenapa Pilih Emas Sebagai Pelaburan?

Spread the love

MEMBACA AMALAAN MULIA, MENAMBAH ILMU BERERTI MENAMBAH KEKAYAAN

Saya memilih emas sebagai salah satu pelaburan saya adalah kerana saya ada ilmu tentangnya. Pada mulanya saya hanya bermula dengan membuta tuli tanpa ilmu. Akhirnya blog mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie (https://www.mohdzulkifli.com/) menyedarkan saya banyak ilmu berkenaan emas dan perak.

Tapi apa ilmu yang saya ada membuatkan saya memilih emas sebagai satu pelaburan jangka masa panjang. Jom saya kongsikan, jika apa yang saya kongsikan ini tuan puan rasa memang sama dengan situasi tuan puan sekarang. Inilah masa yang sesuai untuk buat pelaburan emas.

  1. Duit Simpanan

Ilmu asas dalam mana-mana pelaburan hartanah, saham, bitcoin dan sebagainya termasuk emas kita perlu ada simpanan yang kukuh dahulu. Apakah maksud simpanan yang kukuh? Iaitu simpanan tiga (3) sehingga enam (6) bulan gaji dalam bentuk tunai. Duit simpanan ini dipanggil dana kecemasan.

Bagi mereka yang berniaga, sebaiknya ada satu (1) tahun dana kecemasan.Berapa banyak? Purata perbelanjaan bulanan kita setahun. Dari situ kita akan tahu berapa banyak simpanan yang kita ada.

Ramai orang termasuk saya sendiri ingin mendapat keuntungan dengan cepat dan laburkan duit yang kita ada. Tapi kita lupa, dalam pelaburan, rugi itu pasti tapi keuntungan itu belum pasti. Jadi jika kita laburkan dan mengalami kerugian dari pelaburan kita. Adakah kita mempunyai simpanan untuk menampung kerugian yang kita alami?

Tiba-tiba juga waktu itu berlaku kecemasan, kereta rosak dan sebagainya. Mana kita nak ambil duit jika semua duit kita laburkan dan tiada dana kecemasan.

Jadi kenapa saya pilih emas sebagai pelaburan, emas adalah duit. Sambil saya laburkan duit saya dalam emas, dimasa yang sama jika saya perlukan duit untuk kecemasan. Saya boleh pajak di Rahnu atau jual emas saya.

Kenapa saya tak simpan duit cash sebagai dana kecemasan, sebab bila saya simpan dalam TH dana kecemasan saya, saya banyak terguna duit tersebut. Akhirnya duit simpanan saya makin berkurangan.

2. Risiko yang rendah

Apa-apa sahaja pelaburan, untuk mengurangkan risiko kerugian kita perlu ada ilmu. Tapi bagi saya emas adalah risiko yang rendah berbanding instrumen lain. Emas tidak bergantung kepada mana-mana kerajaan. 1gram tetap 1gram juga. Harga yang berubah adalah kerana nilai wang kita yang berubah bukan sebab emas itu.

Bila kita memiliki emas, bermaksud kita memiliki duit di tangan kita. bila bila masa sahaja kita boleh pilih nak jual atau pajak di Ar Rahnu. Ada sesetengah pelaburan ianya boleh jadi kosong dan kejatuhan harga sehingga 200 ke 300 percent.

Emas setakat ini nilainya masih lagi stabil secara purat walaupun ada sahaja harganya jatuh mendadak tetapi ianya takkan mencapai kosong. Emas tetap ada harga untuk dijual. Apa yang lebih seronok, harga emas jatuh kita beli barang mahal dengan harga murah. Seronok tak?

Cukuplah dua point penting ini untuk tuan puan buat penilaian mengapa tuan puan perlu simpan emas. Ada orang tak beli emas, duit pun habis dan rugi seruginya. Ada orang beli emas, rugi RM20 sahaja tapi simpanannya makin bertambah.

Semoga perkongsian saya ini bermanfaat.

Muhamad Khairi Hakim
Segamat, Malaysia
5 Oktober 2021 / 28 Safar 1443 Hijri

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *