Selalu dalam fikiran kita, menjadi kaya pasti menjauhkan kita dari Allah S.W.T. Saya telah melalui fikiran ini dari usia remaja saya. Takut dengan ujian dan fitnah harta apabila terlampau kaya sehingga saya menjauhkan diri dari kekayaan dan memandang serong akan mereka yang memiliki kekayaan.
Pada usia 30, pandangan saya telah berubah sedikit demi sedikit. Adakah ianya kerana hadirnya cinta pada harta dan dunia? Wallahu’alam.. Semoga perubahan saya ini mendapat kebaikkan dan dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang sekeliling.
Rasa sesal tidak dapat membantu orang sekeliling, orang memerlukan, menunaikan permintaan keluarga.. Perasaan ini akhirnya mengubah pandangan saya pada harta. Sedih bila ingin belikan sesuatu kepada anak dan isteri tetapi memikirkan jua cukup atau tidak wang yang ada.
Ada orang Islam yang kaya, dan kaya mereka kaya yang mulia. Rupanya bukanlah harta itu sendiri satu fitnah tetapi kekuatan keimanan manusia itulah yang menentukan hala tuju harta bagi diri saya dan juga mungkin sebahagian yang lain pada pandangan saya.
Maka, seperti kata mentor saya, Tuan Mohd Zulkiflie Shafie, jadilah kaya yang mulia. Akhrinya saya mengubah pemikiran saya kepada kekayaan dan harta, saya ingin jadi kaya yang mulia. Kaya yang dapat memberi manfaat kepada orang sekeliling.
Kaya yang dapat lebih membahagiakan ahli keluarga khususnya anak dan isteri. Moga Allah terima niat murni ini.