ASB sangat sinonim dengan rakyat Malaysia yang ingin melakukan pellaburan sejak dahulu lagi.. Pulangan ASB juga dikatakan amat menarik sehingga 2019.
Seperti yang kita boleh lihat, dividen ASB sehingga 2018 sebanyak 7% tetapi pada tahun 2019 hanyalah 5.5%. Penurunan ini kebanyakkan menyumbang kepada wabak COVID19 yang melanda seluruh dunia dan memberi impak kepada ekonomi negara.
Mari kita lihat perbezaan purata kenaikkan harga emas pula.
Jika dilihat, harga emas telah mengalami kenaikkan harga sebanyak 700% dalam masa 20 tahun jadi secara purata 35% setahun. Harga emas pula menaik secara mendadak takkala musim pandemik ini.
Jadi adakah emas lebih baik dari ASB..??? pada pandangan saya dengan keadaan sekarang, emas adalah lebih baik dari ASB. Jika simpanan kita untuk jangka panjang 2 ke 5 tahun mendatang, pilihlah simpanan emas.
Jika sekarang kita ada RM100,000 di dalam akaun ASB, boleh alihkan 50% dari amount tersebut ke dalam emas. RM50,000 itu persediaan sebagai dana kecemasan jika perlu digunakan dan perlu menggunakan wang tunai.
Manakala RM50,000 dalam bentuk emas adalah simpanan dan juga pelaburan jangka panjang bagi melindungi kejatuhan wang ringgit dan juga inflasi yang berlaku di dunia dan negara Malaysia khususnya.
Antara faktor-faktor yang akan menaikkan harga emas dalam masa dua sehingga tiga tahun ini adalah :
- Kejatuhan nilai wang ringgit kerana terlalu banyak wang dicetak bagi membantu rakyat di musim pandemik
- Kadar Inflasi yang semakin meningkat (boleh rujuk keratan akhbar ini https://www.sinarharian.com.my/article/139727/BERITA/Nasional/Kadar-inflasi-meningkat-tertinggi-sejak-2018 )
- Perang ekonomi antara China dan juga USA.
Jika anda beranggapan penulisan saya ini hanyalah pandangan yang tidak berasas, saya bawakan anda kata-kata dari pakar kewangan Malaysia, Azizi Ali.
Jadi jika anda ingin mengambil keuntungan dari kedua-duanya emas dan ASB, boleh sahaja buat belian emas ditempat yang berkaliber seperti Public Gold.