Penting Dana Kecemasan

Spread the love

MEMBACA AMALAAN MULIA, MENAMBAH ILMU BERERTI MENAMBAH KEKAYAAN

Terbaca satu artikel berkenaan rakyat Malaysia di keratan akhbar di bawah.. Rupanya saya salah seorang dari peratus mereka yang tiada dana kecemasan. Meruncingkan, dana kecemasan ini penting tapi ramai yang tidak dapat menyediakannya.

Keratan Akhbar 2020

Apakah dana kecemasan, dana kecemasan adalah satu dana yang kita sediakan bagi menampung apa sahaja kecemasan pada satu masa yang tertimpa oleh kita. Contohnya, kerosakan kenderaan, ujian kesihatan, ujian bala bencana dan sebagainya.

Waktu ini, dana kecemasan adalah jalan untuk kita menyelesaikan ujian yang melanda kita waktu itu. Supaya kita tidak terciduk atau terpaksa meminjam untuk daripada seseorang untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerana kecemasan datang tanpa diduga waktunya.

Bagaimanakah dana kecemasan ini patut disimpan? Dana kecemasan ini sebaiknya disimpan dalam bentuk tunai di dalam bank atau akaun pelaburan yang boleh memberi dividen jangka pendek contohnya ASB atau Tabung Haji.

Berapa banyak perlu ada dana kecemasan ini. Mengikut buku Wang Emas tulisan Tuan Mohd Zulkifli, untuk perkerja makan gaji, sebaiknya 3 bulan atau 6 bulan gaji. Bagi perniaga pula sebaiknya 1 tahun perbelanjaan minima bulanan.

Buku Wang Emas, Mentor saya dalam emas dan kewangan.

Saya bukanlah pakar kewangan tapi saya belajar dari mereka yang pakar seperti En Mohd Zulkifli, En Zaidi Ismail, En Azizi Ali dan lain-lain. Masalah yang selalu kita hadapi dengan dana kecemasan ini adalah selalu terguna apabila simpanan kita terlalu banyak. Nampak dana kecemasan dalam bentuk wang tunai RM10,000.00, siapa yang tidak dihantui untuk berbelanja kan?

Simpan dalam Tabung Haji pun akhirnya terguna. Simpan dalam ASB pun masih terguna. Sebab itulah simpanan kita tak pernah kekal. Jadi, apakah cara yang terbaik kalau ada penyakit macam ini?

Saya cadangkan cuba tukar dalam bentuk emas. Kumpul sedikit-sedikit setiap bulan supaya kita ada aset emas.

Kenapa dana kecemasan sesuai dalam bentuk emas :

  1. Mudah dicarikan : dijual atau di pajak gadai untuk dapat wang secepat yang mungkin.
  2. Hilang rasa berduit dan tidak akan terbelanja. Siapa nak bayar guna emas kan?
  3. Emosi emas ini sifatnya kuat kepada menyimpan jadi tarikan emas akan mmbuatkan kita menambah simpanan kita.

Ramai testimoni penyimpan emas yang mengatakan emas adalah salah satu jalan penyelesaian kepada dana kecemasan yang tak pernah ada selama ini dan saya adalah salah seorang darinya.

Moga kalian jua peroleh manfaat dari emas sebagai satu cara mengumpul dana kecemasan.

Muhamad Khairi Hakim
Kod Dealer: PG00215241
(+6019-281 7990)
21 Mei 2021
10 Syawal 1442H

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *