Kenapa Jadi Dealer Public Gold?

Spread the love

MEMBACA AMALAAN MULIA, MENAMBAH ILMU BERERTI MENAMBAH KEKAYAAN

Ramai yang bertanya saya mengapa memilih dealer Public Gold sebagai part time untuk menjana pendapatan. Sejujurnya ini adalah perniagaan pertama saya secara serius. Saya tekad untuk menjana pendapatan seharian selepas lebih 5 tahun hidup dalam tidak kecukupan.

Semuanya bermula pada PKP 1.0, saya mencari sesuatu yang boleh jana pendapatan agar saya boleh berbelanja lebih lagi. Itu matlamat utama saya. Tapi apa yang Allah lorongkan adalah lebih baik daripada itu.

Selepas mengenali emas, saya bukan sahaja menjadi dealer Public Gold semata-mata untuk menjana pendapatan. Tetapi saya didedahkan dengan ilmu kewangan yang betul. Selepas itu barulah saya faham, bukan part time sebagai dealer yang saya buat ini membuatkan saya boleh belanja lebih setiap bulan tetapi cara saya menguruskan kewangan dengan betul yang menjadi ukuran.

Penyakit yang ada ubatnya

Besar mana pun gaji hakiki dan gaji kerja part time, tetapi jika anda tidak bijak menguruskan wang yang anda ada, tetap anda akan rasa tidak cukup di akhir bulan. Ada orang gaji RM1500, tetapi mampu untuk ada simpanan RM100 setiap bulan sehingga mampu mengumpul RM1200 setahun dalam simpanannya.

Ada orang gaji RM3000, tetapi tidak mampu menyimpan walaupun RM100 sebulan kerana duit banyak habis kepada komitmen lain seperti, kereta, hutang kad kredit dan sebagainya. Inilah bukti sebenarnya bukan berapa besar gaji yang anda ada untuk ada simpanan tetapi bagaimana anda menguruskan kewangan anda memberi impak kepada kehidupan anda.

Alhamdulillah, pengenalan saya kepada emas dan kumpulan PGG100Network telah memberi saya ilmu yang saya tidak jangkakan. Selain itu, Mentor saya En Mohd Zulkifli telah mendedahkan saya kepada manfaat yang boleh diberikan kepada mereka yang menyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Saya dan isteri, Syazwani bersama Mentor En Mohd Zulkifli, Penulis Buku Wang Emas dalam sesi secara online.

Kini bukan lagi berapa banyak pendapatan yang saya dapat jana tetapi berapa ramai orang yang mampu untuk saya bimbing menjalani kehidupan lebih baik dengan emas. Manfaat emas yang banyak perlu didedahkan kepada umum agar lebih ramai orang boleh urus kewangan dengan lebih baik melalui simpanan emas bersama PGG100Network.

Jadi mengapa saya pilih untuk terus kosisten dengan mendidik masyarakat melalui Public Gold? Sebab yang utama saya nak semua orang merasai manfaat emas kepada pengurusan kewangan mereka. Antara manfaat emas yang paling utama adalah :

  1. Elak kebocoran wang simpanan
  2. Ubat penyakit boros

Jika anda ada dua penyakit ini, cubalah ubati dengan emas, saya telah merasainya dan saya harap anda juga dapat bina kekayaan dengan emas jua. Semoga Allah kurniakan manfaat kepada anda semua atas penulisan ini. InsyaAllah..

Kalau ada sebarang persoalan, wassap saya di +6 019-281 7990 atau tekan sahaja lambang wassup di kanan website untuk respond lebih cepat.

Muhamad Khairi Hakim
Kod Dealer: PG00215241
(+6019-281 7990)
20 Mei 2021
9 Syawal 1442H

khalifahkhairi

Salam, nama saya Muhamad Khairi Hakim ingin berkongsi pengalaman yang Allah kurniakan dari segi kewangan, EMAS dan juga kehidupan. Blog ini bertujuan satu perkongsian untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *